Isnin, 23 Februari 2015 | 8:28am
PERSEMBAHAN Sarah bersama Amy Search pada konsert akhir Mentor Legend di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, malam tadi. - Foto Sairien Nafis
PERSEMBAHAN Aina bersama artis pilihan Mila Jirin (kanan) pada konsert akhir Mentor Legend di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, malam tadi. - Foto Sairien Nafis
PERSEMBAHAN Azmil bersama Mimi One Nation Emcee memukau penonton, malam tadi. - Foto Sairien Nafis
PENONTON yang hadir pada konsert akhir Mentor Legend. - - Foto Sairien Nafis

Azmil protege Dayang benam dua finalis Mentor Legend


KUALA LUMPUR 22 February 2015. Protege Azmil atau nama sebenarnya Azmil Karim bersama mentor Dayang Nurfaizah muncul juara pada Konsert Akhir Mentor Legend di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam . NSTP/Sairen Mohd Nafis

KUALA LUMPUR: Protege Dayang Nurfaizah, Azmil membenamkan harapan dua lagi finalis pertandingan Mentor Legend, Aina dan Sarah apabila diumumkan sebagai pemenang malam tadi.

Selepas hampir tiga bulan bersaing, Azmil dan Dayang membawa pulang hadiah RM300,000, dua kereta Proton Iriz, RM10,000 baucar Zalora Malaysia, set tv dan trofi.

Aina protege Ella memenangi tempat kedua menerima RM200,000 dan trofi manakala Sarah protege Amy Search membawa wang tunai RM100,000 serta trofi.

Mentor Legend disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral dan dipancarkan langsung di TV3. Awal Ashaari bertindak sebagai pengacara. juri profesional pula ialah Azmeer, Adlin Aman Ramlie dan penyanyi Indonesia, Cakra Khan.

Berita Harian X