Khamis, 19 Februari 2015 | 1:31pm

Pemandu teksi maut van dihempap pokok


KEADAAN van mangsa yang remuk dihempap pokok besar di Jalan Persiaran Putra, Langkawi, hari ini. - Foto emel

LANGKAWI: Seorang pemandu teksi maut apabila vannya dihempap pokok besar yang tumbang di Jalan Persiaran Putra di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika mangsa, Kamis Jani, yang berusia lingkungan 60-an dalam perjalanan menghala ke Kuah.

Mangsa yang berasal dari Kampung Huma, Mukim Ayer Hangat, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Jurucakap bomba Langkawi berkata, anggotanya bomba terpaksa memotong pokok besar terbabit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat.

Berita Harian X