Ahad, 15 Februari 2015 | 3:34pm

Notis kekosongan kerusi DUN Chempaka diserah kepada SPR - Speaker


SPEAKER DUN Kelantan, Datuk Abdullah Yaakob memegang surat kekosongan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan N.06 Chempaka (kanan) dan salinan sijil kematian penyandang DUN Chempaka, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa mengadakan sidang media di pejabatnya di sini hari ini. - Foto BERNAMA

KOTA BHARU: Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka sudah diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub, berkata notis itu bagi membolehkan SPR membuat tindakan selanjutnya bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN itu.

"Notis itu diserahkan berikutan kematian penyandang DUN Chempaka, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Khamis lalu," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas, Nik Abdul Aziz (PAS) menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.

Nik Abdul Aziz mendapat 12,310 undi manakala Wan Razman memperoleh 5,810 undi.

Berita Harian X