Jumaat, 13 Februari 2015 | 10:15am

Ribuan ziarah jenazah Allahyarham Nik Aziz


ORANG ramai mula memenuhi sekitar lokasi kediaman Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kampung Pulau Melaka, Kelantan hari ini bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Besar itu. - Foto Ghazali Kori

KOTA BHARU: Ribuan orang mula menziarahi jenazah Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumahnya di Pulau Melaka di sini, hari ini.

Orang ramai meliputi pelbagai lapisan masyarakat mula memenuhi kediaman Allahyarham sebaik tersebarnya berita mengenai kematian bekas menteri besar Kelantan selama lebih dua dekad, sejak 1990, pada 9.40 malam tadi.


ORANG ramai mula memenuhi sekitar lokasi kediaman Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kampung Pulau Melaka, Kelantan hari ini bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Besar itu. - Foto Khairull Azry Bidin

Jumlah mereka bertambah ramai sejak awal pagi tadi.

Nik Abdul Aziz, 84, meninggal dunia di rumahnya selepas sekian lama menghidap kanser prostat.

Jumlah mereka bertambah ramai sejak awal pagi tadi.

Antara yang telah menziarahi jenazah ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.


ORANG ramai mula memenuhi sekitar lokasi kediaman Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kampung Pulau Melaka, Kelantan hari ini bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Besar itu.- Foto Ghazali Kori

Jenazah kini ditempatkan di Masjid Pulau Melaka yang terletak berhampiran kediaman Allahyarham untuk memudahkan orang ramai.

Orang ramai dilarang mengambil gambar atas permintaan keluarga.

Jenazah dijadual disembahyangkan pada 10 pagi ini sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pulau Melaka, di sini. - BERNAMA

Berita Harian X