Khamis, 12 Februari 2015 | 2:43pm

Han rancang nikah Tasha Shilla tahun ini


Tasha Shilla dan kekasihnya peninju Muay Thai, Han Chen Wong. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Percintaan Tasha Shilla dan kekasihnya peninju Muay Thai, Han Chen Wong akan disemarakkan lagi dengan ikatan perkahwinan tahun ini.

Hal itu disahkan Han yang ditemui BH Online ketika menemani kekasihnya itu membuat penjelasan berhubung kenyataan yang mengaitkannya sebagai 'escort girl'.

"Saya merancang untuk mengahwininya tak lama lagi. Harapnya tahun ini juga. Saya harap dan percaya kontroversi liar mengaitkan dirinya akan berakhir andai kami berkahwin.

"Tetapi sebelum itu kontroversi yang terjadi ini perlu dihentikan. saya menyokong penuh usaha dia membersihkan nama ini," kata Han yang sudah tiga tahun bercinta dengan Tasha.

Dalam pada itu, Tasha pula berkata, niat mereka berkahwin bukan bertujuan menutup kontroversi liar dan gosip murahan, sebaliknya bertujuan menghalalkan perhubungan mereka.

Berita Harian X