Rabu, 11 Februari 2015 | 2:58pm

Wenger gelisah Sanchez, Ramsey tercedera


Alexis Sanchez (kiri) dan Aaron Ramsey.

LONDON: Arsene Wenger menyuarakan rasa gelisah mengenai tahap kecergasan Alexis Sanchez dan Aaron Ramsey selepas bintang Arsenal itu mengalami kecederaan ketika membantu pasukan menewaskan Leicester 2-1, awal pagi ini.

Wenger bimbang dengan apa dilihat sebagai kecederaan bahagian kelenjar yang ketiga musim ini untuk Ramsey ketika pemain Wales itu terpaksa dikeluarkan selepas hanya sembilan minit hadir selaku pemain gantian pada babak kedua.

Dia turut mengkritik gelagat pemain Leicester, Matthew Upson merempuh keras pemain antarabangsa Chile, Sanchez di Stadium Emirates dalam saingan Liga Perdana Inggeris itu.

"Saya tak tahu tahap kecederaan dia....ini bukan satu berita yang baik," kata Wenger mengenai Ramsey.

"Sanchez tercedera lutut dan dia gagal memberi persembahan baik. Saya nampak dia kurang selesa berada atas gelanggang selepas insiden itu."

Dua gol pada babak pertama daripada Laurent Koscielny pada minit ke-27 dan Theo Walcott (m-41) memberi kemenangan yang disifatkan oleh Wenger satu 'tindakan balas penting' selepas kekalahan kepada Tottenham, Sabtu lalu.

Gol tunggal Leicester City dijaringkan oleh Andrej Kramaric pada minit ke-61.- AFP

Berita Harian X