Sabtu, 30 Ogos 2014 | 1:56pm

Zaini Arshad meninggal dunia

PUTRAJAYA: Setiausaha Khas Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaini Arshad, 56, meninggal dunia awal pagi ini akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Beliau menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Serdang dan jenazah akan disembahyangkan di Masjid Putra sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, di sini selepas zohor.

Allahyarham meninggalkan balu Datin Haliza Hassan, 50, dan seorang anak lelaki Afiq Za'im berusia 24 tahun. - BERNAMA

Berita Harian X