Sabtu, 30 Ogos 2014 | 8:36am
Monitor 4K Sharp

Teknologi IGZO bersama touch pen

Sharp tidak ketinggalan dalam persaingan teknologi dengan turut memperkenalkan monitor 4k terbaharunya, Sharp PNK322B. Menariknya, monitor berukuran 80 sentimeter (32 inci) ini disokong dengan panel berteknologi IGZO.

Resolusi tinggi

Selain menghadirkan resolusi 3840 x 2160 piksel, monitor ini juga memiliki kemampuan menyokong penulisan digital. Untuk memudahkannya, monitor senipis 36 milimeter (mm) ini turut dilengkapi touch pen dengan kelebaran dua mm.

Ia turut dilengkapi dengan penyokong yang membolehkannya diguna secara menegak atau dengan sudut yang rendah.

Fungsi lainnya, monitor ini mempunyai dua input HDMI, sebuah DisplayPort dan jack stereo 3.5 mm. Sharp bagaimanapun belum mengumumkan harga produk terbarunya ini.

12 dibaca
Berita Harian X