Sabtu, 31 Januari 2015 | 11:31am

Pasaran getah tidak menentu minggu depan

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka bersifat tidak menentu pada minggu depan berikutan minat belian yang lebih rendah ditambah pula dengan kejatuhan harga minyak mentah.

"Pasaran akan menjadi lengang berikutan peniaga mengurangkan pegangan mereka disebabkan hari cuti yang panjang," kata seorang peniaga.

Pasaran komoditi akan ditutup pada Isnin dan Selasa untuk cuti Wilayah Persekutuan dan Thaipusam.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 turun setengah sen kepada 496.5 sen sekilogram dan susu getah pukal susut sembilan sen kepada 361.5 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 berkurangan sebanyak lima sen kepada 491 sen sekilogram dan susu getah pukal turun sembilan sen kepada 360 sen sekilogram.

- BERNAMA

Berita Harian X