Khamis, 29 Januari 2015 | 11:15am

Pochettino mahu Spurs cipta 'naluri membunuh'


Tottenham Hotspur's Argentinian head coach Mauricio Pochettino arrives for the English League Cup semi-final second leg football match between Sheffield United and Tottenham Hotspur at Bramall Lane in Sheffield, northern England, on January 28, 2015. AFP PHOTO / OLI SCARFFRESTRICTED TO EDITORIAL USE. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or "live" services. Online in-match use limited to 45 images, no video emulation. No use in betting, games or single club/league/player publications.

SHEFFIELD: Pengurus Tottenham Hotspurs, Mauricio Pochettino mengakui bangga dengan pemainnya yang mara ke final Piala Liga namun mencabar mereka untuk belajar 'membunuh perlawanan.'

Spurs akan bertemu musuh tetangga London, Chelsea di final Piala Liga di Wembley pada 1 Mac depan selepas mencatat kemenangan secara agregat 3-2 ke atas Sheffield United di separuh akhir, awal pagi tadi.

Memiliki kelebihan selepas mencatat kemenangan 1-0 pada perlawanan pertama, Spurs dijangka mudah melangkah ke final berdepan kelab Liga Kejuaraan, Sheffield apabila meledak gol pembukaan menerusi Christian Eriksen pada minit ke-28.

Namun Sheffield jelas tidak mudah berputus asa dan bangkit mendahului 2-1 pada babak kedua menerusi dua jaringan Che Adams (m77/79) sebelum Eriksen menyelamatkan maruah Spurs dengan jaringan penyamaan dua minit sebelum perlawanan berakhir.

"Kami tahu di England, perkara yang istimewa adalah cuba untuk melangkah ke Wembley dan bermain di final. Saya bangga dengan pemain-pemain saya," kata Pochettino.

"Pengajaran untuk kami ialah kamu perlu membunuh perlawanan. Kamu bermain dengan emosi dan kadang kala kami dapat melihatnya berlaku di Sheffield United.

"Kami memiliki pasukan yang muda dan mereka akan belajar daripada pengalaman. Dalam bola sepak, kamu perlu membunuh dan menjaringkan gol apabila berpeluang kerana kami mencipta peluang," kata pengurus kelahiran Argentina itu.

Kali terakhir Tottenham membuat kunjungan ke Wembley adalah pada 2009 dan menjelang pertembungan final, Spurs yakin dapat menundukkan Chelsea yang menewaskan mereka 5-3 pada 1 Januari lepas. - AFP

Berita Harian X