Selasa, 27 Januari 2015 | 1:56pm
REAKSI Rafael Nadal ketika perlawanan suku akhir Terbuka Australia menentang Tomas Berdych, hari ini. Nadal tewas 6-2, 6-0, 7-6 (5). - Foto EPA

Jaguh Sepanyol, Nadal tersingkir di suku akhir

MELBOURNE: Rafael Nadal tersingkir di suku akhir Terbuka Australia selepas tewas 6-2, 6-0, 7-6 (7/5) kepada pilihan ketujuh kejohanan, Tomas Berdych, hari ini.

Nadal yang juga pilihan ketiga dan juara 14 gelaran Grand Slam pernah sebelum kejohanan bersuara dia masih belum cergas sepenuhnya selepas pulih daripada masalah kecederaan dan kesihatan yang dihadapinya pada penghujung musim lepas.

Malah bintang tenis Sepanyol itu turut berkata dia mungkin hanya mampu memenangi beberapa pusingan di Melbourne Park sebelum tersingkir di suku akhir.

Sebelum ke Australia, Nadal hanya beraksi dalam lapan perlawanan sejak Jun tahun lalu kerana berdepan masalah kecederaan pergelangan tangan kanan.

Pada November, pemain yang dikenali dengan 'Raja Gelanggang Tanah Liat' ini menjalani pembedahan apendik. - AP

Berita Harian X