Rabu, 21 Januari 2015 | 12:51pm

Syed Aqif Najmi buah hati terbaharu Ayu Damit


AYU Damit mendedahkan gambar anak ketiganya yang dilahirkan 10 Januari lalu di laman Instagram miliknya.

KUALA LUMPUR: Ayu Damit berkongsi gambar anak ketiganya yang dilahirkan 10 Januari lalu di laman Instagram miliknya.

Anak ketiganya yang diberi nama Syed Aqif Najmi itu dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Gambar itu dimuatkan sebagai hadiah istimewa ditujukan kepada suami tersayang, Syed Fauzi Syed Baharuddin yang menyambut hari lahirnya hari ini.

Oleh kerana berpantang, Ayu tidak dapat meraikan hari lahir suaminya dan muat naik gambar anak mereka itu mewakili kegembiraannya memiliki Syed Fauzi.

"Terima kasih kerana menjadi seorang suami yang sangat menyayangi kepada saya dan anak. Menjadi tulang belakang hidup saya, menjadi suami yang soleh, memahami dan semoga hidup kita dirahmati serta diberkati Tuhan selalu. Cinta dan sayang saya hingga ke jannah," katanya di laman Instagram.

Sebelum ini, menerusi perkahwinan dengan Syed Fauzi Syed Baharuddin, beliau ini dikurniakan dua orang anak, masing masing lelaki dan perempuan berusia enam tahun serta empat tahun.

Berita Harian X