Selasa, 20 Januari 2015 | 2:03pm

Rasionalisasi perbelanjaan pastikan pembangunan terus dipacu - Shafie Apdal


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. - Foto Aswadi Alias

PUTRAJAYA: Strategi dan langkah bagi merasionalisasikan perbelanjaan negara, yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini, dilihat dapat memastikan pembangunan negara terus dipacu untuk kesejahteraan rakyat.

Strategi dan langkah proaktif itu boleh memastikan pertumbuhan dan pembangunan Malaysia dapat diteruskan berikutan perubahan dalam landskap ekonomi global.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata usaha itu tidak akan membantutkan pembangunan di kawasan luar bandar.

"Pembangunan luar bandar dari segi bekalan air, perumahan rakyat, kemudahan prasarana tidak akan disentuh dari segi pengurangan perbelanjaan, cuma mungkin dari segi pengurusan kita kurangkan lawatan ke luar negara dan membeli peralatan pejabat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perutusan khas Najib mengenai perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini. - BERNAMA

Berita Harian X