Sabtu, 15 Julai 2017 | 1:39am

5,000 rai Negaraku Sehati Sejiwa


ORANG ramai turut mengibarkan Jalur Gemilang pada majlis Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa 2017 yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan Datuk Saarani Mohamad di Dataran Bulatan Amanjaya malam ini.-Foto BERNAMA

IPOH: Lebih 5,000 pengunjung membanjiri Bulatan Amanjaya di sini, tanda sokongan terhadap Majlis Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Perak di sini, malam tadi.

Pelbagai aktiviti disajikan kepada pengunjung termasuk pameran Negaraku membabitkan pelbagai agensi kerajaan serta program grafiti Negaraku, Ziarah Kasih dan pertandingan mewarna.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Saarani Mohamad mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melancarkan program berkenaan.

Pada program itu beliau turut melancarkan pelepasan 60 kenderaan yang bakal menyertai Konvoi Kembara Jalur Gemilang yang akan menjelajah ke setiap daerah di negeri ini sempena sambutan kemerdekaan bulan depan.

Turut hadir barisan EXCO kerajaan negeri termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Berita Harian X