Ahad, 9 Julai 2017 | 11:55am

4,000 sertai Eco Caring Charity Walk 3.0


ANTARA barangan yang dirampas hasil serbuan di lapan pejabat dan unit kediaman yang dijadikan pusat operasi skim pelaburan JJ Poor To Rich (JJPTR) di Pulau Pinang, semalam. - Foto Ihsan PDRM

MELAKA: Hampir 4,000 warga bandar raya ini menyertai Eco Caring Charity Walk 3.0 yang diadakan di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, di sini, pagi tadi.

Program bersempena sambutan ulang tahun ke-9 Bandaraya Warisan Dunia itu menyaksikan peserta berjalan kaki sejauh kira-kira enam kilometer bermula dari Kota A'Famosa sehingga ke Sungai Melaka, di sini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata program yang berteraskan gaya hidup sihat serta kebajikan itu secara tidak langsung dapat mempromosikan Sungai Melaka dan sektor pelancongan negeri secara keseluruhannya.

"Saya tertarik dengan tema acara ini iaitu membantu mereka yang memerlukan. Melalui program sebegini, ia dapat membantu segenap lapisan masyarakat menerusi sumbangan tanpa mengira latar belakang agama.


KENDERAAN jenis Toyota Unser remuk selepas berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 25.8 Jalan Kulai-Kota Tinggi berhampiran Loji Rawatan Air Semanggar, Kota Tinggi. - Foto Ihsan Bomba Johor

"Untuk makluman, yuran hasil daripada penyertaan yang berjaya dikumpulkan akan disumbangkan semula kepada badan kebajikan di sekitar negeri Melaka," katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman.

Eco Caring Charity Walk 3.0 dianjurkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dengan kerjasama Crisis Relief Squad of MCA (CRSM).

Pada majlis itu juga, Ismail turut menyampaikan sumbangan kepada badan kebajikan, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang memerlukan.

 

Berita Harian X