Sabtu, 8 Julai 2017 | 4:04pm

3 kilang barang plastik terbakar

BUKIT MERTAJAM: Tiga bangunan kilang membuat barangan plastik di Taman Pelangi, di sini, musnah dalam kebakaran, pagi tadi.

Kebakaran kira-kira jam 10.30 pagi itu dipercayai berpunca di satu daripada bangunan kilang berkenaan sebelum merebak ke premis bersebelahan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, berkata sehingga kini bomba masih lagi memadamkan kebakaran berkenaan.

"Lebih 30 pegawai dan anggota serta tujuh jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.58 pagi.

"Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan. Punca kejadian dan anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

21 dibaca
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di Pulau Pinang. - Foto Rosli Ahmad
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di Pulau Pinang. - Foto Rosli Ahmad
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di Pulau Pinang. - Foto Rosli Ahmad
Berita Harian X