Jumaat, 7 Julai 2017 | 5:43pm

Ular tedung selar bawah almari baju


ANGGOTA Bomba Batu Kurau menunjukkan ular tedung selar sepanjang 4.5 meter yang ditangkap pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba

TAIPING: Seekor ular tedung selar sepanjang lebih empat meter yang bersembunyi di bawah almari baju di garaj motosikal sebuah rumah, ditangkap anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau, pagi tadi.

Ketua Operasi BBP Batu Kurau, Nadzri Yusof berkata, pihaknya dimaklumkan pada jam 9.58 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian di Kampung Anak Kurau.

Katanya, ular itu dikesan bersembunyi di bawah almari baju yang garaj motosikal berhampiran pintu utama rumah terbabit.

"Kami mengalihkan almari terbabit sebelum menangkap ular sepanjang 4.5 meter itu menggunakan penjerut.

"Kita mengambil masa kurang 10 minit bagi menangkap ular terbabit seterusnya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Daerah Selama untuk tindakan lanjut," katanya di sini, hari ini.

Berita Harian X