Khamis, 6 Julai 2017 | 11:27pm

Bau hangit dari bilik


KEADAAN kebakaran melibatkan bilik rekod kertas siasatan, unit siasatan jenayah komersil pagi tadi di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sibu.- Foto Harun Yahya

DUNGUN: Sebuah keluarga di Kampung Tersusun, Kuala Jengal, di sini tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran petang tadi. 

Dalam kejadian jam 5.40 petang, seorang ibu Zuheira Othman, 29, tinggal bersama dua anaknya berusia enam dan empat tahun, manakala suaminya Jefri Sham Abdul Rashid, 46, sedang bekerja.

Menurut Zuheira, ketika kejadian dia berada di dapur manakala dua anaknya itu di ruang tamu.

"Saya terhidu bau hangit sebelum terdengar bunyi beberapa letupan dan sebaik naik ke ruang tamu, saya dapati api sudah membakar bahagian sebuah bilik. 

"Saya segera mendukung kedua-dua anak untuk menyelamatkan diri.

"Sejurus kemudian penduduk kampung datang membantu mengalihkan kereta dan motosikal dari rumah kami," katanya yang menumpang di rumah saudara.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), Jaswari Awang, berkata seramai 12 anggota bersama dua buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian. 

Katanya, pihaknya menerima panggilan jam 5.43 petang dan tiba 37 minit kemudian. 

"Kami menyelamatkan sebuah rumah berhampiran daripada terbakar dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Berita Harian X