Khamis, 6 Julai 2017 | 6:16pm
Paip pecah di belakang tapak Kilang JVC, Seksyen 21, Shah Alam. - Foto ihsan Air Selangor

Gangguan air di Klang, Shah Alam, Petaling malam ini


Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah.

SHAH ALAM: Beberapa kawasan di Klang, Shah Alam dan Petaling akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula jam 10 malam ini sehingga selesai kerja-kerja pembaikan paip utama.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, ini berikutan kerja-kerja pembaikan terhadap paip utama yang pecah di belakang tapak Kilang JVC, Seksyen 21, Shah Alam.

"Kerja pembaikan dianggarkan akan mengambil tempoh selama 48 jam. Bekalan air akan pulih secara berperingkat selepas kerja pembaikan selesai.

"Pengguna dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja pembaikan bermula.

"Bekalan air bantuan akan dihantar melalui lori tangki air ke kawasan yang terbabit. Untuk memohon bekalan air bantuan, sila hantar SMS (Taip Tanker Nama Alamat) ke 15300," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Amin Lin berkata, penduduk di kawasan terjejas boleh melayari laman sesawang www.syabas.com.my dan aplikasi telefon bimbit pintar 'mySyabas' untuk maklumat terkini mengenai gangguan bekalan air ini.

Berikut adalah kawasan-kawasan yang terbabit:

KLANG & SHAH ALAM :
Seksyen 21
Seksyen 22
Seksyen 25
Seksyen 26
Seksyen 27
Seksyen 28
Kampung Kebun Bunga
Kampung Baru Hicom
Subang Mas Batu 3
Batu 3 Shah Alam
Bukit Kemuning
Bukit Naga
Kg Lombong
Jalan Kebun
UEP dan USJ Subang
Seksyen 32
Seksyen 33
Putra Heights
Kampung Bukit Lanchong
Kampung Jawa
Bandar Putera
Taman Sentosa
Taman Maznah
Taman Samarinda
Taman Batu 3
Taman Desa Latania
Taman Desa Kemuning
Jalan Mohd Sidin

PETALING:
USJ 1 hingga USJ 15
USJ 16 hingga USJ 27
Pinggiran USJ 1 , USJ 2, USJ 3
USJ 3A, 3B, 3C dan 3D
Subang Heights
USJ Heights
Taman Perindustrian UEP TP1 hingga TP7
Putra Avenue
Putra Harmoni
Putra Setia.

Berita Harian X