Khamis, 6 Julai 2017 | 12:04pm

5,913 unit Mercedes-Benz dijual

KUALA LUMPUR: Mercedes-Benz Malaysia  (MBM) mencatatkan jualan sebanyak 5,913 unit bagi kenderaan bagi tempoh separuh pertama 2017.

Pengedar kenderaan Mercedes-Benz di Malaysia itu terus mengekalkan penguasaan pasaran kenderaan mewah di pasaran tempatan sebanyak 2.2 peratus setakat Mei 2017.

Prestasi jualan enam bulan tahun ini bagaimanapun sedikit rendah berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 6,017 unit.


Dr Claus Weidner

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Dr Claus Weidner, berkata pertumbuhan jualan yang kekal positif menunjukkan pelanggan terus yakin dengan jenama Mercedes-Benz.

"Kami mengambil kepercayaan pelanggan kepada jenama kami dengan serius dan akan terus memastikan dapat memenuhi jangkaan mereka," katanya kepada media selepas majlis pengumuman prestasi jualan separuh pertama 2017 di sini, sebentar tadi.

Bagi tempoh enam bulan 2017, MBM turut menyelenggara 61,850 unit kenderaan.

Berita Harian X