Rabu, 5 Julai 2017 | 7:22pm
PENGGUNA Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mengambil inisiatif membantu mengalih beberapa batang kayu balak yang menghalang laluan lebuh raya itu selepas berlaku kemalangan membabitkan lori balak di Kilometer 228.1 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kuantan menghala Gambang. - Foto Ihsan Pembaca

Lori balak terbalik di LPT1

KUANTAN: Pengguna dan pegawai pekerja Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) berganding bahu mengalihkan balak di atas lebuh raya selepas sebuah lori terbalik di Kilometer 228.1 menghala ke Gambang, dekat sini, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang ketika dihubungi berkata, dalam kejadian jam 5 petang, lori balak itu dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan melintang di tengah lebuh raya.

"Operasi menyelamat mangsa yang tersepit sedang dijalankan. Kerja-kerja mengalihkan kayu balak yang menghalang laluan lebuh raya turut dilakukan orang ramai dan petugas lebuh raya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas," katanya.

Jurucakap itu berkata, pengendali LPT ANIH Berhad turut menyediakan laluan kontra kepada pengguna lebuh raya untuk melancarkan trafik.

Buat masa ini hanya satu lorong yang boleh dilalui kenderaan iaitu lorong sebelah kanan lebuh raya itu.

Berita Harian X