Sabtu, 17 Januari 2015 | 6:54pm
ALLAHYARHAM Md Yusoff Musa, 87, bapa kepada Penolong Pengarang (Bisnes) BH Online, Abdul Halim Yusoff, meninggal dunia di Hospital Taiping kerana sakit tua kira-kira jam 11 pagi tadi. - Foto Yahya Awang

Bapa Penolong Pengarang Berita BH Online meninggal dunia

BATU KURAU: Md Yusoff Musa, 87, bapa kepada Penolong Pengarang (Bisnes) BH Online, Abdul Halim Yusoff, meninggal dunia di Hospital Taiping kerana sakit tua kira-kira jam 11 pagi tadi.

Allahyarham dirawat di Hospital Taiping sejak 13 Januari lalu kerana masalah jantung.

Anak sulung Allahyarham, Akhiruddin Md Yusoff, 60, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di hadapan anaknya, Mohd Asri Md Yusoff, 46.

Katanya, jenazah bapanya dibawa ke kediamannya di Kampung Sempeneh Chempaka, sebelum disembahyangkan di Masjid Jamek Ar-Rushidiah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar-Rushidiah selepas solat Asar tadi.

47 dibaca
Berita Harian X