Selasa, 4 Julai 2017 | 12:35pm
ANGGOTA keluarga menguruskan jenazah Che Wan Haziq Haikal di Hospital Dungun untuk pengebumian.

Mayat pelajar lemas ditemui


ANJING pengesan turut terlibat mencari mayat Che Wan Haziq Haikal yang lemas di sungai Kampung Delong, Dungun. - Foto Rosli Ilham

DUNGUN: Mayat seorang pelajar Tingkat Dua yang dilaporkan lemas di Sungai Kampung Delong di sini, semalam ditemui pagi ini.

Ketua Polis daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob, berkata mayat Che Wan Haziq Haikal Che Wan Othman, 14, ditemui terapung jam 7.05 pagi, kira-kira 2.5 kilometer dari tempat dia dilaporkan lemas.

"Mayat mangsa ditemui selepas operasi digerakkan semula pasukan penyelamat dengan dibantu penduduk kampung pagi tadi dan kawasan pencarian diperluaskan.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat," katanya.

Dalam kejadian jam 6.45 petang Ahad, Che Wan Haziq dikatakan bermain bola berhampiran sungai berkenaan bersama rakan-rakannya.

Mangsa dikatakan terjun ke sungai itu untuk mengambil bola yang disepak oleh rakannya sebelum hilang dibawa arus.

14 dibaca
Berita Harian X