Ahad, 2 Julai 2017 | 1:27pm
MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bersama isteri, Datin Seri Hizam Awang Ahmad (dua dari kiri) beramah mesra dengan kanak-kanak yang hadir di majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri. - Foto Amran Hamid

Ribuan hadiri rumah terbuka MB Kedah

ALOR SETAR: Ribuan rakyat berbilang kaum hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, di Seri Mentaloon di sini, hari ini.

Orang ramai mula berkumpul di pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar di sini, seawal jam 10 pagi.

Kehadiran mereka disambut Ahmad Bashah dan isterinya, Datin Seri Hizam Awang Ahmad.

Yang turut hadir ialah barisan EXCO kerajaan negeri, ketua jabatan kerajaan negeri dan pemimpin masyarakat.

Pada majlis itu Menteri Besar turut memberi duit raya kepada kanak-kanak yang hadir. Pengunjung dihidangkan pelbagai juadah seperti lemang, ketupat, rendang, sate dan pelbagai jenis makanan lain.

Majlis dijangka berakhir jam 4 petang.

Berita Harian X