Sabtu, 1 Julai 2017 | 8:23pm
KEBAKARAN memusnahkan dua rumah di Kampung Muara Tebas, petang tadi. - Foto ihsam bomba

Lima rumah terbakar, 15 hilang tempat tinggal


KEBAKARAN memusnahkan dua rumah di Kampung Muara Tebas, petang tadi. - Foto ihsam bomba

KUCHING : Lima rumah terbakar dengan dua daripadanya musnah sama sekali dalam kejadian di Kampung Muara Tebas, di sini, petang tadi.

Tiga lagi rumah yang terbabit dalam kejadian itu mengalami kebakaran antara 10 peratus hingga 20 peratus.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.02 petang.

Beliau berkata, 23 anggota dengan empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya dan Petra Jaya dikejarkan ke tempat kejadian.


KEBAKARAN memusnahkan dua rumah di Kampung Muara Tebas, petang tadi. - Foto ihsam bomba

"Anggota tiba di lokasi pada jam 4.26 petang dan berjaya mengawal kebakaran daripada memusnahkan tiga lagi rumah manakala dua lagi tidak sempat diselamatkan.

"Jumlah keseluruhan mangsa yang terbabit ialah 27 orang iaitu 15 orang di dua rumah yang musnah 100 peratus manakala 12 lagi di rumah yang terbakar antara 10 peratus hingga 20 peratus," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian itu yang berlalu ketika penduduk di perkampungan nelayan itu masih merayakan Aidilfitri.

Berita Harian X