Khamis, 29 Jun 2017 | 3:14pm

Orang masih sambut raya, mereka merempit


ANGGOTA trafik mengeluarkan saman kepada kepada pengguna jalanraya yang ditahan dalam Ops Selamat dekat Gurun. - Foto Omar Osman

SUNGAI PETANI: Ketika Aidilfitri masih disambut umat Islam, dua remaja mengambil keputusan bahaya dengan merempit pada awal pagi.

Bagaimanapun, kedua-dua terbabit yang berusia 18 dan 19 tahun ditahan ditahan ketika berlumba sambil melakukan aksi berbahaya dikesan sepasukan anggota polis melalui Ops Samseng Jalanan kira-kira jam 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, berkata selain tangkapan, polis turut menyita dua motosikal digunakan kedua-dua suspek itu untuk tindakan lanjut.

"Berdasarkan pemerhatian, ketika itu lima motosikal dikesan terbabit dalam aktiviti rempit dengan memandu secara berbahaya dalam pergerakan 'zig-zag' di laluan sepanjang kira-kira satu kilometer antara persimpangan lampu isyarat menuju Taman Ria dan gedung Jakel, di sini.

"Selepas pengecaman dilakukan, polis kemudian menahan dua motosikal terbabit ketika melakukan pusingan di persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah gedung kain untuk tindakan lanjut," katanya.

Md Zukir berkata, kedua-dua remaja terbabit masing-masing dari Kuala Ketil dan Taman Peruda, di sini, ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

11 dibaca
Berita Harian X