Rabu, 28 Jun 2017 | 11:39am

Buaya serang Agnes dibunuh


BUAYA yang dipercayai membunuh Agnes Luang, berjaya dibunuh penduduk, kelmarin.

MARUDI: Buaya sepanjang lebih lima meter dipercayai reptilia yang membaham pelajar 17 tahun di Sungai Tapang Peking Baram, Februari lalu, dibunuh penduduk kampung itu, kelmarin.

Reptila itu yang diburu penduduk kampung sejak menyerang mendiang Agnes Luang `dijinakkan' menggunakan pancing yang dipasang di sepanjang sungai itu.

Ia sekali gus mengakhiri dendam penduduk kampung terutama keluarga mangsa yang sudah sekian lama berhasrat menjerat reptilia itu.

Ketua Masyarakat Peking, Jampang Kantan, berkata sejak buaya menyerang penduduk di sungai berkenaan, penduduk kampung itu takut untuk keluar mandi di sungai seperti kebiasaannya.

"Sudah beberapa ekor reptilia berkenaan berjaya dipancing dan dibunuh, namun hanya kelmarin buaya besar itu dapat dipancing.

"Penduduk yakin buaya berkenaan yang bertanggungjawab menyerang mendiang Agnes," katanya.

Berita Harian X