Selasa, 27 Jun 2017 | 3:34pm

Bekas pelajar SK, SMK Clifford bertemu


Sebahagian daripada bekas pelajar SMC yang menghadiri majlis sambutan Aidilfitri di Kuala Kangsar, Perak malam tadi.

KUALA KANGSAR: Bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Clifford dan Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford (SMC) 1971-1983 mengadakan majlis pertemuan Aidilfitri di sini, malam tadi.

Majlis yang dihadiri kira-kira 150 bekas pelajar dan keluarga di Resort JPS itu, turut disertai bekas pengetua SMC, Azidin Mahmud; guru disiplin, Mustapha Zainal Abidin; dan pengetua SMC, Kamaruzzaman Abdul Murad.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, berkata selain merapatkan hubungan, acara dua tahun sekali itu membolehkan mereka bertukar pandangan untuk membantu ahli dan sekolah.

Pada majlis berkenaan, katanya, bekas pelajar setuju menyumbangkan televisyen untuk kegunaan sekolah.

Selain itu, beberapa program lain dicadang untuk membantu sekolah dan aktiviti masa depan membabitkan bekas pelajar.

15 dibaca
Berita Harian X