Jumaat, 23 Jun 2017 | 6:24pm

200 orang gunting rambut percuma


MUHAMMAD Pehimi Yusof menggunting rambut salah seorang peserta Program gunting rambut percuma anjuran Pemuda UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih di Dewan Terbuka Kampung Gong Kemuntong . - Foto Mohamad Ishak

JERTIH: Lebih 200 orang penduduk di bandar ini menikmati khidmat gunting rambut percuma hari ini.

Program gunting rambut percuma anjuran Pemuda UMNO bahagian Besut yang berlangsung di Dewan Terbuka Kampung Gong Kemuntong itu mendapat sambutan daripada penduduk setempat.

Ketua Pemuda UMNO Besut, Azizul Jasmi Mohamad, berkata dalam tempoh dua jam program itu berlangsung, lebih 200 orang termasuk wanita merebut peluang disediakan penganjur.

Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof yang hadir pada program itu turut sama mengambil bahagian dengan menggunting rambut peserta.

Beliau berkata, enam tukang gunting profesional termasuk dua wanita dibawakan bagi menjalankan khidmat sukarela pada program itu.

Sementara itu, Muhammad Pehimi turut menyumbangkan peralatan menggunting rambut kepada semua tukang gunting yang mengambil bahagian dalam program terbabit.

16 dibaca
Berita Harian X