Rabu, 21 Jun 2017 | 3:32pm

Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Perak raya pertama


SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. - Foto Asyraf Hamzah

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, dijangka berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri yang akan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Jalan Raja DiHilir di sini pada 1 Syawal.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Setiausaha Akhbar Menteri Besar, majlis dijadualkan berlangsung bermula jam 2.30 petang hingga jam 6 petang."

Bagi memudahkan orang ramai di sekitar Ipoh, perkhidmatan teksi Uber ke Kediaman Rasmi Menteri Besar akan disediakan secara percuma untuk caj perjalanan RM10 ke bawah.

"Pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan itu hanya perlu memuat turun aplikasi UBER di GooglePlay dan App Store," kata kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, bagi mereka yang memandu kenderaan, kemudahan tempat letak kereta juga disediakan di beberapa lokasi sekitar Kediaman Menteri Besar, antaranya ialah ruang parkir Jabatan dan Kesenian Negeri, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Bangunan UMNO, Hotel WEIL, Shuttle 8, Padang Polo dan Restoran Shabu-Shabu.

Berita Harian X