Khamis, 15 Januari 2015 | 4:44pm

Nurul Izzah sah bercerai talak satu


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar (kanan) dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim berjalan keluar dari Mahkamah Syariah selepas sebutan kes permohonan cerai mereka di Kuala Lumpur pada Oktober tahun lalu. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebentar tadi.

Lafaz cerai itu dilakukan Raja Ahmad Shahrir di hadapan Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain.

Berita Harian X