Khamis, 15 Januari 2015 | 4:19pm

Banjir: 3,295 warga Kementerian Pertahanan terima RM500


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyerahkan wang ehsan kepada veteran tentera, Abd Rashid Yusoff, 58, yang terbabit dengan banjir pada Majlis Penyerahan Wang Ehsan kepada Mangsa Banjir Warga Kementerian Pertahanan dan Veteran Tentera Malaysia di IKBN Kemasik, Kemaman hari ini. - Foto Rozainah Zakaria

CHUKAI: Seramai 3,295 warga Kementerian Pertahanan yang terbabit dengan banjir di seluruh negara menerima pembayaran wang ehsan secara one-off, hari ini.

Jumlah itu membabitkan 779 kakitangan awam kementerian, 1,289 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 1,227 veteran ATM.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, setiap penerima menerima wang ehsan sebanyak RM500 dengan jumlah keseluruhan membabitkan peruntukan sebanyak RM1.65 juta.

Berita Harian X