Rabu, 14 Januari 2015 | 10:51pm

Anak lelaki saya meminati Messi - Ronaldo


PENYERANG Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo *(kanan) memeluk anaknya, Cristiano Jr selepas memenangi anugerah FIFA Ballon D'or . - Foto EPA

MADRID: Anak lelaki Cristiano Ronaldo, Cris junior adalah peminat Lionel Messi, kata pemain Terbaik Dunia tiga kali itu selepas kedua-duanya bertemu pada majlis anugerah FIFA Ballon D'Or di Zurich.

Selepas Ronaldo menamakan pemenang anugerah Ballon D'Or 2014 dan menewaskan pemenang empat kali dari Argentina, Messi, kedua-dua pemain bertemu di lobi hotel di Kongresshaus sebelum Cris menunjuk ke arah Messi dan kemudian berdiri untuk menyambutnya.

Kapten Real Madrid dan Portugal itu memberitahu Messi: "Dia (Cris) menonton semua video berkaitan kita dan dia bercakap mengenai kamu," kata Ronaldo dan mendapat reaksi malu-malu daripada anaknya.

Kapten Barcelona itu kemudian tersenyum dan bertanya kepada anak Ronaldo bagaimana keadaan dirinya.

"Kamu sekarang merasa malu!" kata Ronaldo sambil ketawa.

Ronaldo memenangi gelaran ketiga Ballon D'Or dan kedua berturut-turut dengan Messi memenangi anugerah sama sebanyak empat kali berturut-turut bermula pada tahun 2008. - Reuters

49 dibaca
Berita Harian X