Rabu, 14 Januari 2015 | 8:32pm

Polis Rep Czech dakwa 25 pegawai atas kesalahan atur perlawanan bola sepak

PRAGUE (Republik Czech): Polis Republik Czech, hari ini berkata sudah mendakwa 25 pegawai dan pengadil perlawanan bola sepak atas kesalahan mengatur perlawanan dalam liga domestik negara itu yang berlaku pada 2013.

"Lima orang sudah didakwa dengan tuduhan rasuah dan 20 lagi menerima rasuah," kata jurucakap polis anti rasuah Rep Czech, Jaroslav Ibehej tanpa menamakan siapa atau pasukan yang terbabit.

Di antara Mei dan November 2013, pegawai perlawanan 'memberi suapan kepada pengadil untuk memastikan mereka memberi kelebihan kepsada pasukan yang spesifik... atau menjadi berat sebelah," katanya.

Dilaporkan kes itu membabitkan 10 perlawanan.

Atas kesalahan memberi suapan, mereka boleh berdepan hukuman dua tahun penjara jika disabit kesalahan.

Manakala yang menerima suapan pula, mereka mungkin berdepan hukuman penjara sehingga empat tahun. - AFP

Berita Harian X