Ahad, 11 Jun 2017 | 8:32pm

England juara Piala Dunia B-20


DOMINIC Calvert-Lewin menjaringkan gol tunggal pada babak pertama perlawanan ketika England menewaskan Venezuela 1-0. - Foto EPA

SUWON, Korea Selatan: Dominic Calvert-Lewin menjaringkan gol tunggal pada babak pertama perlawanan ketika England menewaskan Venezuela 1-0 dalam aksi final Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20), sebentar tadi.

Penyerang muda Everton itu bukan saja membantu pasukannya menjulang piala buat pertama kali tetapi juga menempah nama selaku pemain England yang menjaringkan gol pada aksi final Piala Dunia.

Kini, nama Calvert-Lewin sebaris dengan Geoff Hurst dan Martin Peters yang mencipta nama selaku penjaring di pentas final pada tahun 1966.

Skuad muda England bagaimanapun berdepan asakan hebat pemain Venezuela sepanjang babak kedua, namun kental bertahan untuk mengekalkan kelebihan jaringan babak pertama itu.

Penjaga gol skuad muda The Three Lions, Freddie Woodman turut cemerlang menafikan sepakan penalti Adalberto Penaranda, ketika perlawanan berbaki 16 minit. - AFP

64 dibaca
Berita Harian X