Ahad, 11 Jun 2017 | 5:21pm

Air bertakung jejas tanaman cili


PENGUSAHA cili fertigasi, Firdhaus Abdul Manaf menunjukkan tapak penanaman ditenggelami air akibat sistem perparitan di kawasan itu tersumbat. - Foto Mohd Shukor Amin.

SABAK BERNAM: Pengusaha projek cili fertigasi di Kampung Batu 39 di sini, semakin tertekan kerana kerugian besar setiap kali hujan lebat.

Mereka mendakwa kira-kira 8,000 batang pokok cili yang ditanam berisiko rosak kerana sistem perparitan sering tersumbat menyebabkan air bertakung serta melimpah ke tapak tanaman.

Wakil pengusaha, Firdhaus Abdul Manaf, 33, berkata dia dan pengusaha lain bertambah buntu apabila benih cili yang tidak dapat ditanam membesar di tapak semaian, sekali gus menjejaskan kualiti cili.

"Proses fertigasi tanaman cili sudah tertangguh lebih seminggu. Kami sudah mengadu masalah ini kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)," katanya kepada BH di sini, hari ini.

Firdhaus berkata, dia dan rakan kongsinya mengeluarkan modal RM80,000 merangkumi kos pembinaan bangsal serta pembelian peralatan, baja dan benih cili untuk diusahakan di atas tanah seluar satu hektar.

Berita Harian X