Sabtu, 10 Jun 2017 | 10:38pm
KEADAAN nahas yang menyebabkan seorang penjual kuih maut di Limbang, Sarawak, petang tadi. - Foto Ihsan Bomba

Penjual kuih raya maut dirempuh


KEADAAN nahas yang menyebabkan seorang penjual kuih maut di Limbang, Sarawak, petang tadi. - Foto Ihsan Bomba

LIMBANG: Seorang wanita penjual kuih dan biskut raya di hadapan rumahnya di Kampung Gumaya, Jalan Pandaruan, di sini, maut selepas gerainya dirempuh sebuah kenderaan, petang tadi.

Tampai Molok, 50-an, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Limbang.

Adiknya, Suma Molok, 48, cedera parah di pinggang dan patah paha.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kejadian kira-kira jam 5.10 petang itu berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dipercayai gagal dikawal pemandunya lalu merempuh gerai mangsa.

"Rempuhan menyebabkan gerai berkenaan roboh dan mencederakan mangsa dua beradik.

"Bomba menerima panggilan pada jam 5.13 petang dan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang dihantar ke tempat kejadian," katanya.

Berita Harian X