Jumaat, 9 Jun 2017 | 9:47pm

10 keluarga asnaf, 5 masjid terima bantuan PROLINTAS


Mohammad Azlan (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada keluarga asnaf sempena Majlis Ihya' Ramadhan 2017 Prolintas di Masjid Taman Subang Perdana, Shah Alam. - Foto Muhammad Sulaiman

SHAH ALAM: Sepuluh keluarga asnaf dari Kampung Melayu Subang di sini, menerima bantuan Ihya' Ramadan daripada Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), sebentar tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, pihaknya turut menyerahkan sumbangan bahan makanan asas kepada keluarga kurang berkemampuan serta bantuan kewangan kepada lima masjid serta surau di sekitar Taman Subang Perdana.

"Bantuan bahan makanan asas seperti beras, minyak masak, tepung, biskut, gula, susu dan kurma ini diagihkan oleh warga kerja PROLINTAS kepada keluarga asnaf.

"Kami berharap sumbangan kecil ini dapat meringankan beban penerima, sekali gus menambah keceriaan mereka sepanjang Ramadan ini," katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Selain itu, penerima sumbangan serta pengurusan lima masjid serta surau turut dirai dengan juadah berbuka puasa.

Azlan berkata, pihaknya turut menyalurkan bantuan kewangan kepada 36 masjid dan surau lain bagi membantu mengimarahkan kedua-dua institusi agama itu dengan penganjuran pelbagai aktiviti.

"Sebagai syarikat konsesi lebuh raya yang prihatin, PROLINTAS akan terus berusaha membantu mereka yang kurang bernasib baik," katanya.

Berita Harian X