Jumaat, 9 Jun 2017 | 7:00am

Pelan Kesihatan 8 Hari

SERONOKNYA kalau pulang daripada rutin harian yang memenatkan setiap hari, terus dapat manjakan diri dengan berurut. Hilang lenguh-lenguh badan dan keletihan.

Tambah melegakan sekiranya kerusi urut itu ialah GINTELL DeSpace, kerusi urut UFO, kerusi urut ikonik yang menggabungkan urutan manual dengan teknologi moden.

Kerusi ini menawarkan kelebihan bersifat pemulihan iaitu melegakan ketegangan, sakit-sakit badan, kebimbangan dan pelbagai ketidakselesaan secara privasi di rumah.

DeSpace UFO ini juga menyediakan Pelan Kesihatan 8 Hari yang menjanjikan kesihatan secara menyeluruh dengan ciri-ciri teknologi yang unik dan inovatif.

Untuk hari pertama iaitu pengaktifan, kerusi urut itu akan merangsang 26 titik akutekanan pada bahagian kaki atau tulang belakang yang menyambungkan ke semua saraf organ utama di dalam tubuh, sekali gus menyelaraskan semua fungsi organ

Detoksifikasi tubuh untuk hari kedua, kerusi itu yang mempunyai teknologi inovatif Quad 3D Roller Balls, mengurut secara menyeluruh dan intensif untuk menghapuskan toksin dari badan,

Hari ketiga memperbaiki sistem penghadaman apabila teknologi Quad 3D Roller Balls dan Aero V-track membuat urutan menyeluruh bagi menjamin kesihatan usus dan menunjukkan kesan positif serta-merta kepada sistem penghadaman pengguna.

Teknologi pada kerusi ini juga mampu meningkatkan sistem imun iaitu program pada hari keempat yang melibatkan urutan Zen Shiatsu, iaitu satu bentuk terapi urutan menyeluruh untuk merangsang keupayaan penyembuhan semula jadi tubuh.

Program hari kelima akan memperbaiki sistem pernafasan atau dikenali sebagai Tai Ji Breath yang berkesan meningkatkan fungsi pernafasan untuk memperbaiki keupayaan bernafas.

Mengurangkan stress pada hari keenam menerusi program VVIP dengan merangsang urutan pada titik akupunktur yang berfungsi melegakan kesakitan bahu, kekejangan leher, sakit kepala dan migrain dengan diiringi dengan muzik yang menenangkan sebagai ciri tambahan.

Memperkenalkan Program Hari Ketujuh, iaitu Program Pinggang dan Punggung untuk wanita di mana titik akupunktur dirangsang untuk mengembalikan keseimbangan hormon sekaligus keserian anda akan lebih terserlah.

Atas kesedaran tentang kepentingan penjagaan tulang belakang, Program 180˚Space Stretch dirangka untuk membetulkan postur badan yang lemah merangkumi regangan memanjang untuk meregang seluruh badan.

GINTELL DeSpace, kerusi urut UFO menjanjikan kesihatan secara menyeluruh dengan ciri-ciri teknologi yang unik dan inovatif! Pelan Peningkatan Kesihatan 8 hari ini membolehkan anda dan orang tersayang untuk kembali sihat, cergas dan menikmati gaya hidup yang lebih menyeronokkan!

Promosi sempena pelancaran GINTELL De'Space, kerusi urut UFO - Dapatkan Sofa De'Vano S FUNtastic secara percuma!

Untuk maklumat lanjut, layari www.gintell.com atau hubungi khidmat pelanggan GINTELL di talian 1800-88-6332. Ikuti Facebook GINTELL Malaysia, WeChat dan Instagram #GINTELLMALAYSIA.

Layari https://youtu.be/MqN_naKiADs untuk maklumat lanjut.

Berita Harian X