Jumaat, 9 Jun 2017 | 1:17am
ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat manga dari gaung di jalan pembalakan di Kampung Kuala Mendalam, Limbang, malam tadi.
ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat manga dari gaung di jalan pembalakan di Kampung Kuala Mendalam, Limbang, malam tadi.

Pemandu maut, lori jatuh gaung

[gn4id:21052597]

LIMBANG: Seorang pemandu maut selepas lorinya jatuh ke gaung di jalan pembalakan di Kampung Kuala Mendalam, di sini, petang semalam.

George Inau, 43, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas dikeluarkan oleh orang awam dari kenderaannya yang jatuh ke gaung sedalam kira-kira 25 meter.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Limbang berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 6.30 petang.

Dua pacuan empat roda dengan sembilan anggota dikejarkan ke tempat kejadian yang terletak 60 kilometer dari balai.

Beliau berkata, setibanya di lokasi pada jam 8.50 malam, pihaknya mendapati mangsa sudah dikeluarkan dari kenderaannya namun masih berada di dalam gaung.

"Anggota bomba kemudiannya menuruni gaung itu untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan pengusung.

"Anggota polis yang turut berada di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Berita Harian X