Khamis, 8 Jun 2017 | 10:52pm

TPM bertarawih bersama 2,000 penduduk

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan jemaah masjid selepas mengimamkan solat Maghrib pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan di Masjid Jamek Al-Mizan, Kempas. - Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunaikan solat Isyak dan tarawih bersama kira-kira 2,000 jemaah di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn, di sini.

Solat diimamkan oleh Imam masjid, Abdullah Embong.

Turut mengiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Selesai bertarawih, Ahmad Zahid menyampaikan sumbangan kepada lebih 250 asnaf ibu tunggal, warga emas dan fakir miskin serta anak yatim.

Timbalan Perdana Menteri bersama jemaah kemudian menikmati juadah moreh.

Terdahulu, Ahmad Zahid menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al Mizan, Kempas, yang menjadi sebahagian pengisian Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama TPM Di Bulan Ramadan dengan warga Kementerian Dalam Negeri di seluruh negara.

Berita Harian X