Selasa, 6 Jun 2017 | 2:52pm

Maut nahas di Jambatan Pulau Pinang

BUTTERWORTH: Seorang pelajar pusat latihan automotif maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 0.2 Jambatan Pulau Pinang arah Perai, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.20 pagi itu, Mohamad Zulhusni Azahari, 17, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata mangsa dipercayai menunggang motosikal bersendirian dari rumahnya di Balik Pulau ke Butterworth.

"Mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal sebelum terbabas dan terseret beberapa meter dengan motosikalnya.

"Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Berita Harian X