Sabtu, 3 Jun 2017 | 11:08pm

Liza Kool sakit tapi komited mengacara FMBH'17

PENGACARA, Liza Kool FM (kiri) masih meneruskan mengacara Fiesta Muslimah BH 2017 di Pusat Konvesyen Shah Alam walaupun di dalam keadaan kurang sihat. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

SHAH ALAM: Penyampai Radio Kool FM, Liza yang menarik diri saat akhir sebagai pengacara majlis Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH'17) membuat kejutan malam ini apabila hadir mengacarakan meskipun masih dalam rawatan di hospital berikutan demam panas dan jangkitan e-coli.

Kata Liza, beliau menyifatkan hubungannya dengan sekretariat FMBH sangat erat kerana sebelum ini pernah bekerjasama dan mengacara majlis selain ramai kenalan terutama ketika menyertai Projek Metro anjuran akhbar Harian Metro beberapa tahun lalu.

"Justeru apabila kesihatan sedikit pulih dan mendapat pelepasan rehat dari hospital untuk tempoh tertentu saya membuat keputusan datang, semuanya saat akhir cari baju, mekap dan mengambil tugas mengacara malam ini.

"Sejujurnya saya sukakan kesempurnaan tugas apabila membuat keputusan terima tawaran, namun kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Saya diuji dengan kesihatan tidak mengizinkan," katanya.

FMBH'17 yang berkonsepkan pasar lokal ini menghimpunkan 100 vendor kelengkapan perayaan, pakaian dewasa dan kanan-kanak, produk kecantikan, barangan kesihatan, pameran PROTON, Tupperware, Sunsilk selain gerai artis seperti Salina Saibi, Mawi, Siti Nordiana, Zarina Zainuddin dan Ogy Ahmad Daud.

Berita Harian X