Sabtu, 3 Jun 2017 | 12:59pm

Fiesta Muslimah BH 2017 dilancarkan hari ini

SHAH ALAM: Pelancaran Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH'17) hari ini terus menggamit kunjungan orang ramai yang mahu beli belah persiapan lebaran di samping menyaksikan persembahan nyanyian daripada selebriti terkenal.

 

Edisi ketiga yang berkonsepkan pasar lokal itu berlangsung hingga esok di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

 

Acara hari kedua yang bermula semalam bukan saja menggamit kehadiran ramai pengunjung Lembah Klang tetapi juga dari Perlis, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan.

Majlis pelancaran disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid, sebentar tadi.

 

Yang hadir sama, Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali; Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Badrulhisham Othman; Pengarang Eksekutif Berita, Rencana dan Digital BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman serta Pengerusi FMBH'17, Jami'ah Sokri.

 

Selain jualan bazar, acara itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian artis terkenal seperti Wany Hasrita dan Amira Othman serta pertunjukan fesyen, demonstrasi solekan, kuiz, cabutan bertuah dan jualan 'happy hour' daripada vendor.

 

Seawal jam 9 pagi, pengunjung sudah hadir untuk mendapatkan pelbagai produk ditawarkan beberapa vendor jenama tempatan seperti Telekung Siti Khadijah, gerai Sunsilk dan Tupperware.

 

Selain itu, gerai jualan BH juga diserbu pengunjung untuk mendapatkan langganan akhbar digital percuma.

Bagi pengunjung yang mahu membeli belah selepas waktu berbuka puasa mahupun solat Tarawih , mereka boleh berbuat demikian kerana gerai jualan dibuka hingga jam 12 tengah malam.

 

KETUA Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid melancarkan Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH'17) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Hadir sama, Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali; Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Badrulhisham Othman dan Pengerusi FMBH'17, Jami'ah Sokri. - Foto Rohanis Shukri
Berita Harian X