Sabtu, 3 Jun 2017 | 1:27am

Pakar IVF didakwa guna sperma sendiri hasilkan 20 bayi


Sekumpulan penderma bercakap dengan wartawan selepas menghadirkan diri ke Mahkamah Rotterdam. - Foto AFP


Sekumpulan penderma bercakap dengan wartawan selepas menghadirkan diri ke Mahkamah Rotterdam. - Foto AFP

ROTTERDAM, Belanda: Sebuah mahkamah di sini semalam membenarkan ujian DNA dijalankan ke atas bekas pengarah sebuah klinik kesuburan yang didakwa menggunakan sperma sendiri untuk menghasilkan hampir 20 bayi.

Sekumpulan 22 ibu bapa dan anak mereka mendakwa Jan Karbaat mungkin menggunakan sperma sendiri dan bukan milik penderma di sebuah klinik kesuburan yang dikendalikannya dekat Rotterdam sehingga 2009.

Karbaat, 89, yang meninggal dunia April lalu pernah mendakwa menjadi bapa kepada 60 anak menerusi rawatan IVF, kata peguam kumpulan itu, Tim Bueters kepada mahkamah bulan lalu.

Mahkamah Rotterdam memerintahkan wakil Karbaat untuk memberi 'kerjasama sepenuhnya ke atas siasatan DNA bertujuan menyediakan sampel DNA dan ujian."

22 plaintif, kebanyakannya dilahirkan pada 1980-an atau selepas itu, dipanggil untuk ujian DNA bagi membuktikan sekiranya Karbaat adalah bapa kandung mereka.

Ketika masih hidup, doktor itu enggan melakukan ujian berkenaan. - AFP

Berita Harian X