Jumaat, 2 Jun 2017 | 12:50pm
Vendor jenama Quaker Oat membuat persiapan pada Fiesta Muslimah Berita Harian 2017 di Pusat Konvensyen SACC, Shah Alam.- Foto Aziah Azmee
KUALA LUMPUR 29 MARCH 2017. Logo baharu Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH'17). NSTP/Ihsan PEMBACA

FMBH'17 di SACC mulai hari ini hingga Ahad

Vendor jenama Sunsilk membuat persiapan pada Fiesta Muslimah Berita Harian 2017 di Pusat Konvensyen SACC, Shah Alam. - Foto Aziah Azmee

SHAH ALAM: Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH'17) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) berlangsung meriah, bermula hari ini hingga 4 Jun.

      

Lebih 100 vendor menawarkan pelbagai barangan termasuk busana fesyen Muslimah, aksesori, produk kosmetik dan kecantikan.

      

Selain jualan, acara itu turut memuatkan pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan fesyen, persembahan nyanyian artis terkenal, cabutan bertuah dan jualan 'happy hour'.

      

Seawal jam 10 pagi, pengunjung sudah hadir untuk mendapatkan pelbagai produk ditawarkan oleh barisan vendor jenama tempatan dan selebriti popular.

PENGUNJUNG yang hadir " Jom shopping sakan" di Fiesta Muslimah BH 2017 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 2-4 Jun 2017. - Foto Nurul Shafina Jemenon

      

Antara yang menarik perhatian pengunjung adalah tiga menu sambal goreng yang dimasak oleh selebriti popular, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy iaitu sambal goreng Saadiah, kurau masin berlada dan paru goreng Nek Mon serta pulut kuning hasil air tangan pelakon, Zarina Zainuddin.

   

Selain itu, rekaan busana Muslimah, tudung dan pakaian kanak-kanak terkini ditawarkan, antara yang memikat selera pengunjung untuk membeli-belah bagi membuat persiapan hari raya.

      

Promosi pembelian istimewa daripada jenama Tupperware dan Sunsilk turut menggamit pengunjung yang kebanyakan datang bersama keluarga ke fiesta berkenaan.

    

Jualan bazar ini berlangsung hingga jam 12 tengah malam, bermula hari ini hingga Ahad. Orang ramai dijemput datang beramai-ramai, bagi memeriahkan acara sambil membeli belah untuk mendapatkan pelbagai produk menarik ditawarkan pada harga berbaloi.

Berita Harian X