Jumaat, 2 Jun 2017 | 11:16am

Benelli perkenal 3 model baharu


PENGENALAN tiga model baharu tingkatkan pilihan pengguna.

BENELLI Malaysia mempertaruhkan tiga model baharu RFS150, 302R dan TRK50 bagi meningkatkan keupayaan di pasaran motosikal di Malaysia.

Benelli RFS 150i adalah model 'moped'; kapcai 'spesifikasi-lumba' pertama yang mengujakan penunggang dengan sentuhan lagenda kejuruteraan Benelli dan gaya perlumbaan Itali.

Model ini ditawarkan dengan lebih kuasa kuda dan daya ketahanan daripada enjin satu silinder penyejukan cecair 15.5 kuasa kuda, 3-pencucuh, 6-kelajuan.

Untuk mempermudahkan menghidupkan enjinnya, jentera ini dilengkai dengan penghidup elektrik terkini, selain dilengkapi lebih teknologi perlumbaan dalam bentuk suspensi depan terbalik untuk merasai jentera lumba sebenar.

Dengan sesaran enjin 149cc, ia menampilkan reka bentuk injap SOHC dengan teknologi Benelli B3SP serba baharu yang didatangkan dengan tiga pencucuh untuk kuasa maksimum dan pengeluaran gas emisi yang rendah, 6-kelajuan serta suntikan elektronik bahan api yang menjadikan enjin RFS lebih mengagumkan.


BENELLI RFS 150i.

Motosikal ini mampu menghasilkan 15.5 kuasa kuda (hp) pada 8500 rpm, membolehkan penunggang mencelah melalui lalu lintas bandar, meluruskan jalan belakang yang berliku atau memecut laju di litar lumba.

Benelli RFS 150i didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu kuning, merah, biru dan kelabu Matte (SE), harga jualan pula hanya RM6,988 untuk spesifikasi standard dan RM7,338 untuk Edisi Khas (SE).

Bagi yang memiliki jiwa pengembara, Benelli menawarkan TRK 502 dengan keselesaan ergonomik, perlindungan dari angin dan cuaca yang menakjubkan, sistem suspensi yang lasak dan enjin silinder berkembar yang cekap dan berkuasa.

Motosikal ini ditunjangi dengan rangka keluli 'trelis' yang menjadi tradisi Benelli dan dilengkapi dengan dwi-silinder empat lejang dan penyejuk cecair sejuk 500cc baharu, diperkenalkan oleh Benelli untuk semua model baharunya dengan sentuhan elektronik dan sistem DOHC serta empat injap setiap silinder.

Kuasa maksimum ialah 35 kW (47 HP) pada 8500 rpm dan tork adalah 45 Nm pada 5000 rpm, memberikan tindak balas sempurna dalam semua keadaan.


BENELLI TRK 502​.

TRK 502 didatangkan dengan tiga variasi warna iaitu Putih, Kelabu 'Graphite' dan Merah/ Hitam dengan harga jualan bermula dari RM28,888 sehingga RM 30,588 (tidak termasuk GST).

Model ketiga diperkenalkan Benelli Malaysia ialah 302R yang diilhamkan dari warisan lagenda perlumbaan Benelli.

302R menawarkan casis yang menakjubkan, pengambilan selekoh yang tiada bandingan, brek yang berkuasa, kuasa yang padu dan pengendalian yang hebat.

Model ini adalah jentera perlumbaan yang sesuai dengan jiwa pelumba.

302R boleh didapati dengan tiga variasi warna iaitu putih merah, hitam merah dan hijau perang dengan harga serendah RM21,888 (tidak termasuk GST).

Info:
Spesifikasi RFS 150i

  • Harga jualan RM6,988 untuk standard dan RM7,338 Edisi Khas (SE)
  • Enjin157FMJ-3
  • Mod Enjin 1-Silinder / 4 - Lejang /4 -Injap / SOHC
  • Kuasa Maksimum 11.3kW/8500 r/min
  • Tork Maksimum13.0N.m/7000 r/min

Spesifikasi TRK 502

  • Harga jualan bermula dari RM28,888 sehingga RM 30,588 (tidak termasuk GST)
  • 500cc
  • Enjin BJ269MR-A
  • Mod Enjin 2 - Silinder / 4 - Lejang /8 - Injap /DOHC
  • Kuasa Maksimum 35/8500
  • Tork Maksimum 45/5000
  • Sistem Penyejuk Cecair
  • Kotak Gear 6 - Kelajuan


BENELLI 302R.

Spesifikasi 302R

  • Harga jualan serendah RM21,888 (Tidak termasuk GST)
  • 300cc
  • Enjin 265MN-A
  • Mod Enjin 2-Silinder / 4-Lejang /8-Injap/DOHC
  • Kuasa Maksimum 28kW/10000r/min
  • Tork Maksimum  27.4N.m/9000r/min
  • Sistem Bahan Api EFI
  • Sistem Pelincir Tekanan Pelincir Pancutan
  • Kotak Gear 6-Kelajuan
Berita Harian X