Jumaat, 2 Jun 2017 | 12:34am

Messi bakal lancar taman tema di China


BINTANG bola sepak Argentina, Lionel Messi bergambar bersama peminat muda pada sidang akhbar di Beijing, China. - Foto REUTERS

MADRID: Bintang bola sepak Argentina dan Barcelona, Lionel Messi bakal menceburi industri hiburan dan melancarkan taman tema di China pada tahun 2019, kata rakan kongsinya.

"Messi Experience Park" dengan keluasan 80,000 meter persegi di Nankin, tenggara China, bakal mempunyai 20 permainan yang menjadi tarikan.

Taman tema itu akan membawakan dunia Messi kepada pengunjung, dengan gandingan permainan terkini dan ruang untuk mengambil bahagian dalam sukan paling popular itu," kata kumpulan Mediapro yang akan bekerjasama dengan Kumpulan Phoenix dan Leo Messi Management.

Pemenang lima kali Ballon d'Or, Messi, 29, adalah ahli sukan yang menerima bayaran kedua tertinggi dalam dunia tahun lalu, menurut Forbes, dengan pendapatan sejumlah AS$81.4 juta (RM348.2 juta), di belakang pesaingnya Cristiano Ronaldo yang menerima RM376.6 juta.

AFP

Berita Harian X