Khamis, 1 Jun 2017 | 10:46am

Brent naik susulan stok AS semakin susut

TOKYO: Niaga hadapan minyak mentah meningkat pada Khamis selepas susut ke paras tiga minggu pada sesi sebelumnya, disokong laporan industri yang menunjukkan stok Amerika Syarikat (AS) susut lebih daripada jangkaan.

Data daripada American Petroleum Institute (API) menunjukkan inventori minyak mentah susut sebanyak 8.7 juta tong kepada 513.2 juta pada minggu 26 Mei.

Perbandingan dengan jangkaan penganalisis adalah penurunan sebanyak 2.5 juta tong.

Niaga hadapan Brent untuk Julai naik 46 cents kepada AS$51.22 setong pada 0028 GMT.

Semalam, ia susut AS$1.53 atau tiga peratus untuk ditutup kepada AS$50.31 setong pada hari terakhir kontrak bulan hadapan.

- Reuters

Berita Harian X