Rabu, 31 Mei 2017 | 8:25pm

"Saya akan tulis surat kepada Tuanku, " Sivarasa


Ahli Parlimen Subang dan Peguam, R. Sivarasa. - Foto NSTP/Khairull Azry Bidin

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Subang dari PKR, R Sivarasa akan mengutus surat peribadi kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menjelaskan situasi sebenar mengenai salah faham membabitkan satu majlis di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, minggu lalu.

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak mempunyai niat untuk melanggar titah Sultan Selangor sehingga menyebabkan baginda murka.

"Saya hadir ke program berkenaan sebagai ahli parlimen yang dipilih oleh majoriti pengundi beragama Islam serta bukan Islam dan bukan sebagai wakil Menteri Besar seperti yang dilaporkan akhbar.

"Saya tidak memberi apa-apa ceramah, khususnya ceramah politik pada malam itu dan ini sudah disalahertikan banyak pihak, " katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, BH Online melaporkan Sultan Sharafuddin Idris Shah murka serta dukacita selepas menerima laporan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai tindakan Ahli Parlimen berkenaan memberi ceramah di dalam ruang masjid.

Berita Harian X